Staff Training – Compliance: Safety Induction

14 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Mac 2024, Rabu, Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Rantau Panjang telah menyertai staf training iaitu Compliance: Safety Induction secara online (Microsoft Team) yang bermula dari pukul 12:30 petang sehingga 4:30 petang. Staff training tersebut telah dikendalikan oleh Encik Nadzmi Haniff yang merupakan Senior Safety & Health Executive di REDtone.

Antara objektif latihan ini adalah mempelajari Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerja 1994, mengetahui maksud 5M, memahami maksud polisi keselamatan REDtone dan mempelajari garis panduan bagi pengenalpastian hazard, penaksiran risiko dan kawalan risiko (HIRARC). Pada akhir sesi latihan tersebut, semua peserta telah diminta untuk menjawab kuiz bagi mengetahui sejauh mana pemahaman mereka mengenai topik yang telah diterangkan oleh Encik Nadzmi.

Diharapkan dengan adanya latihan seperti ini dapat memberi manfaat kepada staf NaDi untuk mengetahui akta dan polisi keselamatan yang melindungi mereka di tempat kerja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

kembali